{59}
Al-Hasyr (pengusiran) 1~24.
Dengan
nama Allah, pemurah, penyayang.
1. Telah
berbakti kepada Allah, apa-apa yang ada dilangit-langit dan apa-apa yang
dibumi, dan ialah yang gagah, yang bijaksana.
2. Ialah
yang keluarkan orang-orang kafir dari ahli kitab, pada pengusiran yagn
pertama-pertama dari negeri mereka, kamu tidak sangka bahawa mereka akan
keluar, dan mereka yakin bahawa benteng-benteng mereka akan hindarkan mereka
dari (kegagahan) Allah, tetapi Allah datangi mereka dari jalan yang mereka
tidak sangka-sangka, dan ia masukkan ketakutan dalam hati-hati mereka, mereka binasakan rumah-rumah mereka
dengan tangan-tangan mereka dan tangan-tangan mukmin, lantaran itu, ambilah
ibarat, hai oang-orang yang mempunyai pemandangan-pemandangan !.
3. Dan
kalau tidak kerana Allah telah wajibkan atas mereka pengusiran itu, nescaya ia
akan azab mereka didunia, sedang bagi mereka, diakhirat ada azab neraka.
4. Yang
demikian itu kerana mereka memusuhi Allah dan Rasul nya, sedang barang siapa
memusuhi Allah, maka sesungguhnya Allah sangat keras seksaan (nya).
5. Apa
sahaja yang kamu potong dari pohon kurma atau kamu biarkan nya berdiri adas
batang-batang nya, maka adalah dengan izin Allah, dan ia hendak merendahkan
orang-orang yang melewati batas.
6. Dan
apa-apa yang Allah serahkan kepada Rasul nya dari (harta-harta) mereka, maka
bukanlah kamu buru dia dengan kuda dan tidak dengan unta, tetapi Allah beri
kekuasaan kepada Rasul-Rasul nya, atas siapa-siapa yang ia kehendaki, kerana
Allah berkuasa atas taip-tiap suatu.
7.
Apa-apa yang Allah berikan kepada Rasul nya dari (harta) penduduk desa-desa,
maka adalah bagi Allah dan bagi Rasul nya dan bagi kaum kerabatnya dan
anak-anak yatim dan orang-orang meskin dan musafir yang keputusan belanja,
supaya ia tidak jadi barang edaran antara orang-orang yang kaya dari kamu, dan
apa-apa yang diberi oleh Rasul kepada kamu, maka ambillah, dan apa-apa yang ia
larang kamu, maka jauhilah, dan jika lah diri-diri kamu (dari azab) Allah,
sesungguhnya Allah sangat keras seksaan (nya).
8.
(Iaitu) bagi fakir-fakir yang berhijrah yang dikeluarkan dari negari-negeri mereka
dan (dijauhkah) dari harta-harta mereka (kerana) mereka menuntut kurnia dari
Allah dan keredaan dan mereka menolong Allah dan Rasulnya, mereka ini ialah
orang-orang yang benar.
9. Dan
orang-orang yang (menang) menduduki tempat itu dan beriman sebelum mereka,
kasih kepada orang yang berhijrah kepada mereka, dan tidak mereka didapati
kedengkian dihati-hati mereka tentang apa-apa diberikan kepada mereka, dan
mereka utamakan (mereka itu) atas diri-diri mereka, walau pun ada pada mereka
kepapaan, kerana barang siapa diselamatkan dia daripada kebakhilan dirinya,
maka mereka itu ialah orang-orang yang
berbahagia.
10. Dan
orang-orang yang datang sesudah mereka, berkata; “hai Tuhan kami ! ampunkan lah kami dan sadara-saudara kami yang
mendahului kami dengan beriman, dan janganlah engkau jadikan kedengkian
dihati-hati kami terhadap mereka yang beriman ! Hai Tuhan kami ! sesungguhnya
engaku pengasih, penyeyang”.
11. Tidak
kah engkau perhatikan orang-oranng munafik yang berkata kepada saudara-saudara
mereka yang kafir dari ahli kitab; “jika kamu diusir keluar, sesungguhnya kami
akan keluar bersama kamu, dan kami tidak akan sekali-sekali tunduk kepada siapa
pun tentang (menyusahkan) kamu, dan jika kamu diperangi, sesungguhnya kami akan
tolong kamu”, pada hal Allah menyaksikan bahawa se nya mereka itu orang-orang
yang berdusta.
12. Jika
mereka itu diusir keluar, mereka ini tidak akan keluar bersama mereka itu,
dan jika mereka itu diperangi, mereka
ini tidak akan menolong mereka itu, dan jika mereka ini tolong mereka itu (umpama
nya), nescaya mereka itu (lari) membalik kan belakang, kemudian mereka itu
tidak akan tertolong.
13.
Sesungguhnya kamu lebih hebat di dada-dada mereka daripada Allah, yang demikian
itu lantaran mereka kaum yang tidak mengerti.
14.
Mereka tidak akan memerangi kamu dengan berhadapan, tetapi (akan perangi kamu)
didunia-dunia yang telah dibentengi atau dari belakang pagar, (kerana)
permusuhan diantara mereka (sendiri) bersangatan, engkau sangka mereka bersatu,
tetapi hati-hati mereka pecahkan , yang demikian itu (ialah) kerana mereka satu
kaum yang tidak mengerti.
15.
(Mereka adalah) seperti orang-orang yang sedikit dahulu dari mereka yang telah
rasakan akibat jelek bagi pekerjaan mereka, dan adalah bagi mereka azab yang
pedih.
16.
(Mereka adalah) seperti syaitan tetakala
berkata kepada manusia; “kufurlah’. Setelah (manusia) itu kufur, ia berkata; “aku
berlepas diri daripada mu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan
bagi sekelian alam”.
17. Maka
adalah akibat keduanya itu, bahawa keduanya dineraka dalam keadaan kekal
didalam nya, kerana yang demikian itu balasan bagi orang-orang yang zalim.
18. Hai
orang-orang yang beriman ! berbaktilah kepada Allah, dan hendaklah (tiap-tiap)
jiwa memperhatikan apa yang ia telah sediakan untuk esok, dan berbaktilah
kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.
19. Dan
jangan lah kamu jadikan seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu ia
jadikan mereka lupa kepada diri-diri mereka, mereka itu ialah orang-orang yang
pasik.
20. Tidak
sama ahli neraka dan ahli syurga, ahli syurga itu ialah orang-oranng yang
mendapat kemenangan.
21. Jika
kami turunkan Quran ini atas satu gunung, nescaya engkau lihat dia tunduk
merendah terbelah-belah lantaran takut kepada Allah, dan
perumpamaan-perumpamaan itu kami adakan untuk manusia, supaya mereka berfikir.
22. Ialah Allah
yang tidak ada sebarang Tuhan (yang sebenarnya) melainkan dia yang
mengetahui perkara azab dan yang hadir,
ialah pemurah, penyayang.
23. Ialah (Allah) yang tidak ada sebarang Tuhan
(yang sebenarnya) melainkan dia, Raja, yang mulia suci, yang sejahtera, yang
mengurnia keamanan, yang mengawal, yang gagah yang maha kuasa, yang (berhak)
sombong, maha suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.
24. Ialah Allah yang menjadikan, yang
mewajibkan, yang merupakan, baginya lah nama-nama yang baik, berbakti kepada
nya apa-apa yang dilangit-langit dan di(bumi), dan ialah yang gagah, yang
bijjaksana.